semalam 21st august 2011
bawak chomby pergi buka puasa dengan kawan2 terbaik yull...ain and fira...ain cakap bawak lah anak ko tu...die nak tgk...heee.....yull pon bawak la chomby...nak bawak orix die cam moody jer....hehe tinggal kat umah...






wahhh best kan??!! aku pon idam kan menda ni...murah je...dalam RM70-80 cam tu...tapi nak buat apa...bukan yull g travel pon kan....tapi yang ni sesuai sgt ok...
yang ni murah je...tak silap boleh dapat dalam RM 30-40 je kan...kat memana petshop ada jual ni...ni bird cage atau pon cage yang 1 feet ye....
korang jangan lupa ye...tempat tido die penting..pastu letak la bahan mainan apa2...toys kecik ke...kan...bagi die x buhsan....kalau anak2 korang tu ramai...x dapek den nak tolong...antar je la service bording ke...hehe.....tapi sian die rindu korang kan..kan....
ok selamat menjalani ibadah puasa n SELAMAT HARI RAYA!!
thanks to ana coz pinjamkan i porn die...
gambar dari chubbypetsgarden
Tentu korang peningkan nak bagi supplement untuk Suggies korang...hurm kat petshack.com ada sediakan product yang amat bagus untuk sugar glider iaitu : Bugsy ® HPW ®
Kedua2nya amat sesuai dan mengikut kehendak diet sugar glider anda, boleh tahan lebih kurang 3 hingga 4 bulan dan sekarang product ni lebih memudahkan pengguna yang tidak mempunyai peti sejuk atau merasa kan susah untuk menyimpan supplement ni..jadi mereka mencipta dalam bentuk segera..iaitu boleh terus dihidangkan kepada sugar glider korang yang cumel2 tu..
Harga pon berpatutan..nanti kat bawah ni korang ley cuci mata ngn product yang bagus k..
Ok puas x korang cuci mata ngn pelbagai supplement ni,hehe...pandai2 lah korang cari n baca ingredient die masa nak membeli tu kan...tanya sebanyak soalan yang boleh kat penjual tu sebelum membayar, sebab korang mmg ada HAK...
Sekarang sambung balik tentang diet untuk sugar glider
Diet yang paling dititikberat kan adalah seperti dibawah :
· Sekurang-kurangnya 25% Protien (Lebih banyak lebih bagus)
· Air
· Calcium
· Rendah lemak dan gula
PROTIEN
Protein adalah bahagian penting daripada diet setiap glider, tetapi sangat penting bagi glider betina bagi proses perternakan. Telur rebus adalah sumber protein yang baik, kerana protein yang terdapat di dalam telur akan digunakan hampir sepenuhnya. Namun begitu, anda juga boleh memberikan telur burung puyuh yang telah direbus sepenuhnya. kerana kebiasaannya jikalau digunakan telur ayam akan dikhuatiri kuantitinya terlalu banyak.
AIR
Pastikan Sugar Glider anda diberi air bersih yang secukupnya kerana air sangat penting untuk mereka. Glider ditakuti akan mati cepat kerana tidak mempunyai air yang mencukupi. Kalau boleh bagi lah air yang telah dimasak kerana air paip mengandungi pelbagai bacteria yang merbahaya
CALCIUM
boleh didapati didalam makanan kitten atau puppy..solid food ni amat sesuai untuk system pencernaan sugar glider..sebab didalam makanan kucing atau anak anjing kaya dengan calcium untuk pertumbuhan gigi,kuku dan untuk memperkuatkan tulang...jangan terkejut jika sugar glider korang tidak diberikan solid food seperti ini mereka berkemungkinan tidakupaya untuk melompat atau meluncur lebih jauh pada usia matang mereka..
ada juga geng yang bagi makanan seperti dibawah...ini mmg disarankan,,tapi bagi mereka yang ringan tulang je la..yang malas boleh pilih supplement seperti bugsy atau hpw..tapi harga nya..mahal skit la kan...
Apple cina yg besar tu (buang kulit)
yogurt (plain)
telur rebus
Glider nyer makanan (beli kat pet safari)
vitamin
saya blend dan masuk dalam ice tray simpan dalam peti ais. Senang ambik sekiub sehari untuk makan.
3-5 ekor ulat setiap hari sebagai sumber protein. Ayam (daging je) rebus kadang-kadang.
(korang mmg boleh bagi ayam yang direbus untuk sugar glider korang untuk menambah protein dalam badan mereka tapi tunggu la sugar glider korang umur 3-4 bulan supaya system mereka lebih kuat untuk menghadam makanan2 berat ni)
Dan....
Hati-hati sekiranya anda terlebih bagi protein, bau air kencing ya akan lebih hancing dan berbau..hehe...sugar glider suka menanda kawasan yer dgn mengunakan bau-bauan badan..lagi kuat bau lagi bagus baginya untuk menanda kawasan..termasuk la bila die menanda anda sebagai kawasannya..hehe...jgn rimas pulak kalau die tibe2 terberak ke terkencing bile kat badan anda..
Sugar glider aku akan terberak bile aku angkat die dari tidur atau dia dalam keadaan terkejut..so pastikan korang sediakan tisu ataupon kain untuk pastikan mereka sentiasa bersih sebab agak sukar nak bersihkan najis yang dah melekat kat ekor..memandangkan sugar glider ni aktif dan pantas pergerakannya..so stanby before anything bad happen k....hehe :p
So, pastikan korang bagi diet yang betul untuk sugar glider korang bgi mengelakkan die mati tercekik,mati kehausan atau mati kebuluran...kesian..... L tapi hati2 aku ada sorang kawan yang bagi kuaci untuk sugar glider die, bile aku research mende ni, rupa ya sugar glider mmg tidak sesuai untuk makan kuaci kerana mereka boleh sakit usus tersumbat..betul! mungkin system pencernaannya x boleh menghadam kuaci tu, sama jugak dengan buah-buahan tempatan seperti durian,nagka,tembikai, betik (segar).sebab buah-buahan tersebut terlalu berair..akibatnya sugar glider korang akan asik terkencing saja..so ati2 dengan member makanan kepada sugar glider korang k...!
Sugar glider adalah haiwan mamalia yang aktif pada waktu malam dan akan tidur di siang hari. Jadi Sangkar yang sesuai adalah perkara pertama yang perlu dimiliki jika korang ingin memelihara sugar glider sebagai haiwan kesayangan. Anda mesti memilih kedai-kedai yang menyediakan semua keperluan sugar glider ini seperti hammock,pouch atau sebarang tempat yang sesuai untuk sugar glider berehat memandangkan haiwan ni mmg suka tidur waktu siang.kalau tak keberatan aku dah pon update kedai2 petshop sekitar kl n kawasan2 lain juge..
Sugar glider amat sesuai ditempatkan di dalam sangkar yang menawarkan jumlah ruang yang lebih menegak persegi kerana mereka lebih suka memanjat dan melompat dan merasa selesa berada didalam sangkar.Pastikan mereka merasa lebih selesa dan akan hidup secara sihat dalam jagaan anda
comel kan??heee :)
ok kalau korang semua nak tau sugar glider habitat asalnya mereka suka duduk secara "colonie" iaitu secara berkumpulan antara 10-15 bersama sugar glider lain...slalu yer homebredeer di malaysia ni akan meletakkan mereka dalam satu cage besar..sekurang-kurangnya 3 kaki tinggi untuk mengurangkan stress bagi sugar glider..dan ia bebas untuk meluncur dalam sangkarnya..
INGAT!! jika anda ingin memiliki sugar glider sebagai binatang peliharaan anda..sila buat banyak rujukan dalam internet berkenaan suggies ni...sebab binatang ini sangat lah sensitif dan inginkan belaian kita...kadang-kadang bila dibiarkan selalu suggies akan bertindak ganas dan akan menyerang sekiranya diganggu ..jadi, apabila ingin membeli dari mana2 homebredeer ataupon dari mana2 petshop terdekat anda..pastikan ianya cukup umur iaitu lingkungan 2-3 bulan..dan sihat tubuh badan..
anggaran harga yang menjual sekitar rm150-rm180 kemungkinan yang sudah dewasa dan susah untuk dimanjakan...hati-hatinya..selidik dahulu sugar glider yang anda ingin beli sebelum membuat pembayaran..jika anda ingin mendapatkan sugar glider lingkungan 2-3 bulan dipasaran malaysia harganya lingkungan rm200-rm350...itu terpulang kepada owner yer..