Wednesday, June 29, 2011

BUGSY happy Glider Info

ini yang aku bagi akt SG aku...kalau korang nak tau ingredient dier n info serba sikit tentang supplement ni sila baca :


A Basal Diet for Sugar Gliders
adalah makanan yang terbaik tersedia u.ntuk glider anda! Ia direka untuk menjadi pilihan makan percuma secara berterusan dengan penambahan tetap buah-buahan terpilih dan sumber protein. Ia merupakan makanan seimbang yang besar akan membantu menggalakkan kesihatan yang besar dan berat betul glider gula anda. Glider hidup di atasnya pemakanan dan mereka rasa kasih sayang juga.

Ingredients:
Toasted yellow corn flour, extruded soybean meal, toasted barley flour, soybean meal, corn gluten meal, whole dried eggs, calcium carbonate, dicalcium phosphate, fish meal, flax meal, sweet dried whey, vitamin E supplement, animal plasma, salt, potassium chloride, vitamin A acetate, D-activated animal sterol (source of vitamin D3), DLalpha tocopheryl acetate (source of vitamin E), menadione sodium bisulphate complex (source of vitamin K), vitamin B-12 supplement, calcium pantothenate, niacin supplement, riboflavin supplement, pyridoxine hydrochloride, thiamine mononitrate, biotin, folic acid, ferrous sulfate, zinc oxcide, zinc sulfate, manganous oxide, sodium selenite, manganese sulfate, copper sulfate, calcium iodate, dried lactobacillus acidophilus fermentation product, corn germ meal, dried kelp, dried tomato pomace, yeast culture, monosodium phosphate, sodium sulfate, ferric sulfate, magnesium oxide, cobalt sulfate, cane sugar, dl-methionine, pyridoxine hydrochloride, ferrous fumarate, sea salt, I-lysine, lecithin, potassium iodide, beta carotene, zinc methionine complex, hydrochloric acid, yucca schidigera extract, algae meal, diatomaceous earth, cobalt choline citrate complex, ferric choline citrate complex, calcium pantothenate, copper choline citrate complex, magnesium amino acid chelate, zinc amino acid chelate, calcium amino acid chelate, iron amino acid chelate, manganese amino acid chelate, copper amino acid chelate, cobalt amino acid chelate, thiamine mononitrate, ferrous carbonate, amylase, cellulose, maltase, phytase, protease, lipase, mixed tocopherols, citric acid, ascorbic acid, lecithin, rosemary extract, artificial flavours.

Guaranteed Analysis:
Crude Protein - Not less than - 23%
Crude Fat - Not less than - 10%
Crude Fiber - Not more than - 6%
Moisture - Not more than - 12%

Product of USA

Diet sesuai untuk sugar glider..

Hai,

Tentu korang peningkan nak bagi supplement untuk Suggies korang...hurm kat petshack.com ada sediakan product yang amat bagus untuk sugar glider iaitu : Bugsy ® HPW ®

Kedua2nya amat sesuai dan mengikut kehendak diet sugar glider anda, boleh tahan lebih kurang 3 hingga 4 bulan dan sekarang product ni lebih memudahkan pengguna yang tidak mempunyai peti sejuk atau merasa kan susah untuk menyimpan supplement ni..jadi mereka mencipta dalam bentuk segera..iaitu boleh terus dihidangkan kepada sugar glider korang yang cumel2 tu..

Harga pon berpatutan..nanti kat bawah ni korang ley cuci mata ngn product yang bagus k..

















Ok puas x korang cuci mata ngn pelbagai supplement ni,hehe...pandai2 lah korang cari n baca ingredient die masa nak membeli tu kan...tanya sebanyak soalan yang boleh kat penjual tu sebelum membayar, sebab korang mmg ada HAK...

Sekarang sambung balik tentang diet untuk sugar glider

Diet yang paling dititikberat kan adalah seperti dibawah :

· Sekurang-kurangnya 25% Protien (Lebih banyak lebih bagus)

· Air

· Calcium

· Rendah lemak dan gula

PROTIEN

Protein adalah bahagian penting daripada diet setiap glider, tetapi sangat penting bagi glider betina bagi proses perternakan. Telur rebus adalah sumber protein yang baik, kerana protein yang terdapat di dalam telur akan digunakan hampir sepenuhnya. Namun begitu, anda juga boleh memberikan telur burung puyuh yang telah direbus sepenuhnya. kerana kebiasaannya jikalau digunakan telur ayam akan dikhuatiri kuantitinya terlalu banyak.


AIR

Pastikan Sugar Glider anda diberi air bersih yang secukupnya kerana air sangat penting untuk mereka. Glider ditakuti akan mati cepat kerana tidak mempunyai air yang mencukupi. Kalau boleh bagi lah air yang telah dimasak kerana air paip mengandungi pelbagai bacteria yang merbahaya

CALCIUM

boleh didapati didalam makanan kitten atau puppy..solid food ni amat sesuai untuk system pencernaan sugar glider..sebab didalam makanan kucing atau anak anjing kaya dengan calcium untuk pertumbuhan gigi,kuku dan untuk memperkuatkan tulang...jangan terkejut jika sugar glider korang tidak diberikan solid food seperti ini mereka berkemungkinan tidakupaya untuk melompat atau meluncur lebih jauh pada usia matang mereka..

ada juga geng yang bagi makanan seperti dibawah...ini mmg disarankan,,tapi bagi mereka yang ringan tulang je la..yang malas boleh pilih supplement seperti bugsy atau hpw..tapi harga nya..mahal skit la kan...

Apple cina yg besar tu (buang kulit)
yogurt (plain)
telur rebus
Glider nyer makanan (beli kat pet safari)
vitamin

saya blend dan masuk dalam ice tray simpan dalam peti ais. Senang ambik sekiub sehari untuk makan.

3-5 ekor ulat setiap hari sebagai sumber protein. Ayam (daging je) rebus kadang-kadang.

(korang mmg boleh bagi ayam yang direbus untuk sugar glider korang untuk menambah protein dalam badan mereka tapi tunggu la sugar glider korang umur 3-4 bulan supaya system mereka lebih kuat untuk menghadam makanan2 berat ni)


Dan....

Hati-hati sekiranya anda terlebih bagi protein, bau air kencing ya akan lebih hancing dan berbau..hehe...sugar glider suka menanda kawasan yer dgn mengunakan bau-bauan badan..lagi kuat bau lagi bagus baginya untuk menanda kawasan..termasuk la bila die menanda anda sebagai kawasannya..hehe...jgn rimas pulak kalau die tibe2 terberak ke terkencing bile kat badan anda..

Sugar glider aku akan terberak bile aku angkat die dari tidur atau dia dalam keadaan terkejut..so pastikan korang sediakan tisu ataupon kain untuk pastikan mereka sentiasa bersih sebab agak sukar nak bersihkan najis yang dah melekat kat ekor..memandangkan sugar glider ni aktif dan pantas pergerakannya..so stanby before anything bad happen k....hehe :p

So, pastikan korang bagi diet yang betul untuk sugar glider korang bgi mengelakkan die mati tercekik,mati kehausan atau mati kebuluran...kesian..... L tapi hati2 aku ada sorang kawan yang bagi kuaci untuk sugar glider die, bile aku research mende ni, rupa ya sugar glider mmg tidak sesuai untuk makan kuaci kerana mereka boleh sakit usus tersumbat..betul! mungkin system pencernaannya x boleh menghadam kuaci tu, sama jugak dengan buah-buahan tempatan seperti durian,nagka,tembikai, betik (segar).sebab buah-buahan tersebut terlalu berair..akibatnya sugar glider korang akan asik terkencing saja..so ati2 dengan member makanan kepada sugar glider korang k...!

Sunday, June 26, 2011

Sangkar pilihan

hai semua...hari ni aku nak cite pasal sangkar yang sesuai untuk sugar glider korang..so, silalah rajin-rajin membaca apa yang aku penat2 da tulis semalaman .. hehe

Sugar glider adalah haiwan mamalia yang aktif pada waktu malam dan akan tidur di siang hari. Jadi Sangkar yang sesuai adalah perkara pertama yang perlu dimiliki jika korang ingin memelihara sugar glider sebagai haiwan kesayangan. Anda mesti memilih kedai-kedai yang menyediakan semua keperluan sugar glider ini seperti hammock,pouch atau sebarang tempat yang sesuai untuk sugar glider berehat memandangkan haiwan ni mmg suka tidur waktu siang.kalau tak keberatan aku dah pon update kedai2 petshop sekitar kl n kawasan2 lain juge..

Sugar glider amat sesuai ditempatkan di dalam sangkar yang menawarkan jumlah ruang yang lebih menegak persegi kerana mereka lebih suka memanjat dan melompat dan merasa selesa berada didalam sangkar.Pastikan mereka merasa lebih selesa dan akan hidup secara sihat dalam jagaan anda

so, meh cuci2 mata tengok sangkar2 geng-geng dalam tenet ni supply tok sugar glider diorang kat bawah ni k...enjoy!!



ini standard size untuk sugar glider korang iaitu 3 kaki


ini mmg perfect lah kan...siap mainan hammock semua..sugar glider die mesti happy


wah..ini mmg hardcore btol..hiasan mengalahkan taman mainan budak seyh


ok..ini mmg aku minat gile..kat malaysia ada jual x?mmg smart la mcm ni...kan?



ataupon kalau korang tu under budget..sementara nak beli yang besar skit seperti gambar2 kat atas tu..korang boleh jugak menempatkan sugar glider tu kat dalam cage macam nii.....






tapi pls la jgn buat macam kat petshop2 yang aku pernah pergi yang menematkan dalam akuarium la..letak dalam hamster punya cage la..aduhai..sugar glider ni bukan BUKAN lah HAMSTER atau spises TIKUS ok...ia spesis KANGAROO atau kuola bear..n asal yer pon dari AUSSIE so korang kena la provide more and spend mmg banyak tok sugar glider ni...kalau budget korang ciput jerk baik x yah la..sebab haiwan ni mmg memerlukan tempat yang amat sesuai dan barangan yer pon boleh tahan mahal...entri next aku akan share ngn korang suppliment n barangan yang perlu dimiliki ok??



see ya..!!! mauhx

Saturday, June 25, 2011

Perhatian semua...

ok artikel ni adalah hasil dari reseach dalam intenet..sebab ada beberapa orang yang jumpa aku dan tanya binatang ni perlu ada lesen tak untuk membela..seperti iguana..dan binatan2 yang didalam perlindungan...so korang ley lah baca ni k...


Sugar Gliders are protected under the enactment of National Parks and Wildlife Act 1972? Where person who owns,who sell can be apprehended and prosecuted? FYI, sugar gliders in Malaysia(Brown in color, which is native from the forest of Malaysia) is not the same as the Aussies (Grey in color)havent u did any research?or even seek consult from the experts (i.g Irshad Mubarak-the guide for Prime Minister and advisor at Langkawi forest reserve)????And gliders live in colony during breeding season..most of the time there are solitary..u ader bace research jurnal tak?im just informing while educate awareness on all who reading this including u..no offense but i talked to most conservationist out there saying that i did great..that’s all..well,the glider i found may be in their teen age(as i described the morphology to the conservationist),it’s a suitable age for them to explore and fend for themselves in the wild(if they were in captive before).Back from the beginning,it’s still wrong to take them from the wild and sell the gliders( while there are still depend on their mother)separated from their mother..sedeyh betol!

I wonder if there is confusion with sugar gliders and flying squirrels or squirrel gliders. Under…..

AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )

JADUAL SATU

BINATANG-BINATANG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA

Sugar gliders are not protected or under any CITES list. They are fully protected in Australia but not in Malaysia. Flying squirrels or squirrel gliders are 100% fully protected in Malaysia and should never be kept as pets. I am no conservationist student or biologist or what ever related profession in the flora and fauna of Malaysia, but this is from my own research, information that I get from overseas and of course the senior retired vet from Zoo Negara. If anyone has concrete information in black and white about sugar gliders being native to Malaysia, I would appreciate it if you could mail it to me. As I am also learning, if it is true that they are native to Malaysia, then I would stop this blog and my hobby and release my sugar gliders back into the wild.

According to Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia:

sugar glider is not listed under the new Wildlife Conservation Act 2010 [Act 716], thus requires no license to keep it. For your information this species is also not listed under CITES appendixes and are widely bred in captivity.

sumber dari : suggies at home dan google

Perbezaan Jantina Sugar Glider

JANTAN

•Mereka menandakan kawasan dengan bau yang terletak di leher, dada, kemaluan dan dahi. Bau tersebut hampir tidak terlihat ketika mereka berada dalam habitat yang bersih, pada diet yang baik, dan kesihatan yang baik.
•Ia juga boleh dikenalpasti dengan melihat tompok botak di dahi dan juga dada.
•Mempunyai zakar yang kadangkala boleh dilihat menonjol di kawasan bawah.
•Tempoh matang dianggarkan sekitar 4 hingga 12 bulan dan kebiasaanya tanda botak sudah mula kelihatan


BETINA

•Boleh dikenalpasti dengan melihat kantung di bahagian bawah.
•Tempoh matang sekitar 6 hingga 18 bulan bergantung kepada keadaan dan diet mereka. Risiko mengabaikan anak adalah besar bagi Sugar Glider yang masih muda.
•Jangka masa pembiakan adalah antara 5 hingga 8 tahun.
•Mempunyai anak sekitar 1 hingga 2 ekor dalam suatu masa. Namun begitu, kadangkala ia juga boleh melahirkan anak sehingga 4 ekor dalam satu-satu masa.

ataupon kalau korang nak tengok secara real punya..meh tengok kat bawah ni :

will upload later....SORRY ehhh

Sugar Glider...?? dari mana yer??

Hai..

korang pernah dengar tak binatang yang dipanggil sugar glider..alah...yang mata bulat-bulat tu...orang malaysia slalu panggil binatang ni TUPAI TERBANG....oh tidakkk...!! 100% salah sebenarnya...



"sugar glider" ialah salah satu spesis kangaroo atau pon kuola bear..asal sugar glider yang sebenar adalah dari Australia dan ada juga sebahagian kecil indonesia dan telah diexport ke US untuk dibiakkan secara besar-besaran sekitar 12-15 tahun lalu













Kenapa diberi nama SUGAR GLIDER eh...??

hehe...nama yang diberi mmg sesuai dengan perwatakan mereka seperti :


- Binatang ni sangat sukakan makanan yang manis (SUGAR) , hampir kesemua yang merasa manis akan mereka makan terutamanya buah-buahan segar... emmm yummiee



- sugar glider amat gemar meluncur (GLIDING) sama seperti tupai terbang (flying squirrel) dengan mengunakan membrane (seperti sayap kecil) yang terbentuk dari pergelangan tangan sehingga ke pergelangan kaki yang membenarkan mereka meluncur (dan bukan yer terbang) dari satu pokok ke pokok yang lain...




comel kan??heee :)


ok kalau korang semua nak tau sugar glider habitat asalnya mereka suka duduk secara "colonie" iaitu secara berkumpulan antara 10-15 bersama sugar glider lain...slalu yer homebredeer di malaysia ni akan meletakkan mereka dalam satu cage besar..sekurang-kurangnya 3 kaki tinggi untuk mengurangkan stress bagi sugar glider..dan ia bebas untuk meluncur dalam sangkarnya..


INGAT!! jika anda ingin memiliki sugar glider sebagai binatang peliharaan anda..sila buat banyak rujukan dalam internet berkenaan suggies ni...sebab binatang ini sangat lah sensitif dan inginkan belaian kita...kadang-kadang bila dibiarkan selalu suggies akan bertindak ganas dan akan menyerang sekiranya diganggu ..jadi, apabila ingin membeli dari mana2 homebredeer ataupon dari mana2 petshop terdekat anda..pastikan ianya cukup umur iaitu lingkungan 2-3 bulan..dan sihat tubuh badan..


anggaran harga yang menjual sekitar rm150-rm180 kemungkinan yang sudah dewasa dan susah untuk dimanjakan...hati-hatinya..selidik dahulu sugar glider yang anda ingin beli sebelum membuat pembayaran..jika anda ingin mendapatkan sugar glider lingkungan 2-3 bulan dipasaran malaysia harganya lingkungan rm200-rm350...itu terpulang kepada owner yer..