Wednesday, June 29, 2011

Diet sesuai untuk sugar glider..

Hai,

Tentu korang peningkan nak bagi supplement untuk Suggies korang...hurm kat petshack.com ada sediakan product yang amat bagus untuk sugar glider iaitu : Bugsy ® HPW ®

Kedua2nya amat sesuai dan mengikut kehendak diet sugar glider anda, boleh tahan lebih kurang 3 hingga 4 bulan dan sekarang product ni lebih memudahkan pengguna yang tidak mempunyai peti sejuk atau merasa kan susah untuk menyimpan supplement ni..jadi mereka mencipta dalam bentuk segera..iaitu boleh terus dihidangkan kepada sugar glider korang yang cumel2 tu..

Harga pon berpatutan..nanti kat bawah ni korang ley cuci mata ngn product yang bagus k..

















Ok puas x korang cuci mata ngn pelbagai supplement ni,hehe...pandai2 lah korang cari n baca ingredient die masa nak membeli tu kan...tanya sebanyak soalan yang boleh kat penjual tu sebelum membayar, sebab korang mmg ada HAK...

Sekarang sambung balik tentang diet untuk sugar glider

Diet yang paling dititikberat kan adalah seperti dibawah :

· Sekurang-kurangnya 25% Protien (Lebih banyak lebih bagus)

· Air

· Calcium

· Rendah lemak dan gula

PROTIEN

Protein adalah bahagian penting daripada diet setiap glider, tetapi sangat penting bagi glider betina bagi proses perternakan. Telur rebus adalah sumber protein yang baik, kerana protein yang terdapat di dalam telur akan digunakan hampir sepenuhnya. Namun begitu, anda juga boleh memberikan telur burung puyuh yang telah direbus sepenuhnya. kerana kebiasaannya jikalau digunakan telur ayam akan dikhuatiri kuantitinya terlalu banyak.


AIR

Pastikan Sugar Glider anda diberi air bersih yang secukupnya kerana air sangat penting untuk mereka. Glider ditakuti akan mati cepat kerana tidak mempunyai air yang mencukupi. Kalau boleh bagi lah air yang telah dimasak kerana air paip mengandungi pelbagai bacteria yang merbahaya

CALCIUM

boleh didapati didalam makanan kitten atau puppy..solid food ni amat sesuai untuk system pencernaan sugar glider..sebab didalam makanan kucing atau anak anjing kaya dengan calcium untuk pertumbuhan gigi,kuku dan untuk memperkuatkan tulang...jangan terkejut jika sugar glider korang tidak diberikan solid food seperti ini mereka berkemungkinan tidakupaya untuk melompat atau meluncur lebih jauh pada usia matang mereka..

ada juga geng yang bagi makanan seperti dibawah...ini mmg disarankan,,tapi bagi mereka yang ringan tulang je la..yang malas boleh pilih supplement seperti bugsy atau hpw..tapi harga nya..mahal skit la kan...

Apple cina yg besar tu (buang kulit)
yogurt (plain)
telur rebus
Glider nyer makanan (beli kat pet safari)
vitamin

saya blend dan masuk dalam ice tray simpan dalam peti ais. Senang ambik sekiub sehari untuk makan.

3-5 ekor ulat setiap hari sebagai sumber protein. Ayam (daging je) rebus kadang-kadang.

(korang mmg boleh bagi ayam yang direbus untuk sugar glider korang untuk menambah protein dalam badan mereka tapi tunggu la sugar glider korang umur 3-4 bulan supaya system mereka lebih kuat untuk menghadam makanan2 berat ni)


Dan....

Hati-hati sekiranya anda terlebih bagi protein, bau air kencing ya akan lebih hancing dan berbau..hehe...sugar glider suka menanda kawasan yer dgn mengunakan bau-bauan badan..lagi kuat bau lagi bagus baginya untuk menanda kawasan..termasuk la bila die menanda anda sebagai kawasannya..hehe...jgn rimas pulak kalau die tibe2 terberak ke terkencing bile kat badan anda..

Sugar glider aku akan terberak bile aku angkat die dari tidur atau dia dalam keadaan terkejut..so pastikan korang sediakan tisu ataupon kain untuk pastikan mereka sentiasa bersih sebab agak sukar nak bersihkan najis yang dah melekat kat ekor..memandangkan sugar glider ni aktif dan pantas pergerakannya..so stanby before anything bad happen k....hehe :p

So, pastikan korang bagi diet yang betul untuk sugar glider korang bgi mengelakkan die mati tercekik,mati kehausan atau mati kebuluran...kesian..... L tapi hati2 aku ada sorang kawan yang bagi kuaci untuk sugar glider die, bile aku research mende ni, rupa ya sugar glider mmg tidak sesuai untuk makan kuaci kerana mereka boleh sakit usus tersumbat..betul! mungkin system pencernaannya x boleh menghadam kuaci tu, sama jugak dengan buah-buahan tempatan seperti durian,nagka,tembikai, betik (segar).sebab buah-buahan tersebut terlalu berair..akibatnya sugar glider korang akan asik terkencing saja..so ati2 dengan member makanan kepada sugar glider korang k...!

4 comments:

  1. produk bugsy juga boleh didapati dikedai-kedai haiwan peliharaan yang utama..

    ehehe Joan kena bagi komisyen promosi ni heheh..

    keep it up!

    ReplyDelete
  2. heee yer Joan...bg supply bugsy every month pon jadi la kan...heheh

    bdw thanks joey glider..terharu u baca blog i...hehe

    im just about starting tlis blog sal SG..
    salah silap pls tunjuk ajar yer ^^

    ReplyDelete
  3. nak tnaye...kalau telur rebus tu guna telur ayam... nak bg sebiji ke.?? n berape kali.??hari2..?email me... faraferoza88@gmail.com

    ReplyDelete
  4. dekat mana nak beli barangan makanna sugar glider ni

    ReplyDelete