Saturday, July 30, 2011

MADU manuka

hai morning again...
hari ni yull nak kongsi tentang madu yang sesuai untuk sugar glider...
sugar glider ni amat meminati madu...tak kisah la apa jenis madu pon dorang akan bedal..tapi...! jaga2 jangan lah korang bagi sebarangan jenis madu kat sugar glider korang...
ini akan mengakibatkan cirit birit pada sugar glider..
ok contoh madu yang sesuai adalah madu yang telah ditapis dan tanpa bahan pengawet atau perisa tambahan...latos yang slalu ada pada madu pon amat bahaya kalau sugar glider korang makan...
bila buat research kat google..MADU MANUKA ... heeee :) n ada 2-3 madu len juga yg bgus... ok ni serba sikit info tentang madu manuka :


"Active Manuka Honey" UMF 16+ (Madu Manuka Aktif) ialah madu lebah gred perubatan yang diimport sepenuhnya daripada New Zealand.

Madu lebah ini dikilangkan oleh satu satunya syarikat pengilang madu lebah di New Zealand yang dianugerahkan akreditasi GMP bagi bahan bahan farmasi.

Syarikat ini juga telah memperolehi akreditasi ISO 9001:2000 Quality Management System yang menekankan kawalan kualiti yang amat ketat.

Madu Manuka Aktif ini diiktiraf oleh badan pengiktirafan yang memantau pengeluar dan pengilang "Active Manuka Honey" iaitu Active Manuka Honey Association (AMHA) di New Zealand.



dan ini kenapa madu ni diperlukan..bukan bagus untuk sugar glider korang je tapi untuk manusia pon banyak khasiat die tau...


Madu Manuka Aktif dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand.

Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Madu Manuka Aktif mempunyai kelebihan yang tiada di dalam madu lebah yang lain iaitu ia mengandungi agen antibakteria "UMF" yang tidak didapati di dalam madu lebah yang lain.

Secara saintifiknya, setiap jenis madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan hydrogen peroxide. Hydogen peroxide adalah bahan antiseptik yang mempunyai ciri ciri anti bakteria.

Namun begitu hasil penyelidikan Dr. Peter Molan mendapati Madu Manuka Aktif mempunyai satu lagi ciri antibakteria yang lebih kuat dan stabil yang telah dinamakan sebagai UMF (Unique Manuka Factor). Kombinasi kedua dua bahan anti bakteria didalam Madu Manuka Aktif ini telah dibuktikan bertindak bersama sama sehingga menghasilkan kesan penyembuhan yang hebat terhadap kesihatan manusia.

Sayugia dimaklumkan, tidak semua madu manuka mempunyai ciri ciri UMF ini. Hanya sebahagian kecil sahaja madu manuka yang mempunyai ciri ciri ini. Untuk menjamin ketulinan dan keaslian madu manuka aktif ini, hanya madu manuka yang telah melepasi ujian oleh makmal yang telah dilantik khas sahaja akan dibenarkan untuk dilabel sebagai madu manuka aktif UMF. Ujian ke atas madu manuka ini dipantau oleh Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand. Hanya madu yang dihasilkan di New Zealand sahaja yang boleh dilabel sebagai madu manuka aktif UMF.

Dari sudut perubatan, hanya Madu Manuka Aktif yang dilabelkan sebagai Madu Manula Aktif UMF melebihi skala 10+ keatas sahaja yang mampu memberi kesan penyembuhan yang hebat kepada kesihatan manusia.

so korang boleh lah cuba madu ni untuk makanan tambahan sugar glider korang k

3 comments:

  1. macam mana nak kompemkan madu manuka aktif UMF tu betol2 ori?

    ReplyDelete
  2. trusted brand macam manuka honey
    sweet meadow n dia ada tlis made in new zealand.. better beli yg trusted brand dari cuba other product

    ReplyDelete
  3. kalau bukan brand tu cuba bagi SG u skit,pastu tgk die buang air besar (poo) cair atau normal..sbb kalau yg aktif x umf tu agak panas,so sg akan cirit birit..cuba product yg dipercayai la..kalau bg product len pasti kan product tu tulis aktif umf kat belakang botol tu..

    ReplyDelete