Saturday, July 30, 2011

MADU manuka

hai morning again...
hari ni yull nak kongsi tentang madu yang sesuai untuk sugar glider...
sugar glider ni amat meminati madu...tak kisah la apa jenis madu pon dorang akan bedal..tapi...! jaga2 jangan lah korang bagi sebarangan jenis madu kat sugar glider korang...
ini akan mengakibatkan cirit birit pada sugar glider..
ok contoh madu yang sesuai adalah madu yang telah ditapis dan tanpa bahan pengawet atau perisa tambahan...latos yang slalu ada pada madu pon amat bahaya kalau sugar glider korang makan...
bila buat research kat google..MADU MANUKA ... heeee :) n ada 2-3 madu len juga yg bgus... ok ni serba sikit info tentang madu manuka :


"Active Manuka Honey" UMF 16+ (Madu Manuka Aktif) ialah madu lebah gred perubatan yang diimport sepenuhnya daripada New Zealand.

Madu lebah ini dikilangkan oleh satu satunya syarikat pengilang madu lebah di New Zealand yang dianugerahkan akreditasi GMP bagi bahan bahan farmasi.

Syarikat ini juga telah memperolehi akreditasi ISO 9001:2000 Quality Management System yang menekankan kawalan kualiti yang amat ketat.

Madu Manuka Aktif ini diiktiraf oleh badan pengiktirafan yang memantau pengeluar dan pengilang "Active Manuka Honey" iaitu Active Manuka Honey Association (AMHA) di New Zealand.



dan ini kenapa madu ni diperlukan..bukan bagus untuk sugar glider korang je tapi untuk manusia pon banyak khasiat die tau...


Madu Manuka Aktif dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand.

Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Madu Manuka Aktif mempunyai kelebihan yang tiada di dalam madu lebah yang lain iaitu ia mengandungi agen antibakteria "UMF" yang tidak didapati di dalam madu lebah yang lain.

Secara saintifiknya, setiap jenis madu lebah mempunyai enzim yang menghasilkan hydrogen peroxide. Hydogen peroxide adalah bahan antiseptik yang mempunyai ciri ciri anti bakteria.

Namun begitu hasil penyelidikan Dr. Peter Molan mendapati Madu Manuka Aktif mempunyai satu lagi ciri antibakteria yang lebih kuat dan stabil yang telah dinamakan sebagai UMF (Unique Manuka Factor). Kombinasi kedua dua bahan anti bakteria didalam Madu Manuka Aktif ini telah dibuktikan bertindak bersama sama sehingga menghasilkan kesan penyembuhan yang hebat terhadap kesihatan manusia.

Sayugia dimaklumkan, tidak semua madu manuka mempunyai ciri ciri UMF ini. Hanya sebahagian kecil sahaja madu manuka yang mempunyai ciri ciri ini. Untuk menjamin ketulinan dan keaslian madu manuka aktif ini, hanya madu manuka yang telah melepasi ujian oleh makmal yang telah dilantik khas sahaja akan dibenarkan untuk dilabel sebagai madu manuka aktif UMF. Ujian ke atas madu manuka ini dipantau oleh Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand. Hanya madu yang dihasilkan di New Zealand sahaja yang boleh dilabel sebagai madu manuka aktif UMF.

Dari sudut perubatan, hanya Madu Manuka Aktif yang dilabelkan sebagai Madu Manula Aktif UMF melebihi skala 10+ keatas sahaja yang mampu memberi kesan penyembuhan yang hebat kepada kesihatan manusia.

so korang boleh lah cuba madu ni untuk makanan tambahan sugar glider korang k

HPW memandulkan??



hai morning semua..
sorry la yull agak bz lately...
tak sempat nak update blog...semalam yull pergi uptown shah alam untuk tengok2 kedai pets kat situ...disebabkan keadaan kerja yg slalu balik lewat n petang je, so yull x sempat nak gi petshop2 len yang buka waktu biasa....so sempat g kat uptown2 jer..hehe...
bdw agak happy jugak dapat tgk banyak sugar glider kat sana...but semua da besar2 n aktif sangat...penjagaan pon agak memuaskan...

tapi...
bila yull tanya hpw instant ada jual x?
pastu boleh lak die buat muka terkejut...dia jawab " kak jgn bagi hpw nnt mandul " dalam hati aku ckap...huh?what the hell...hahaha

pastu ak blah dari situ..tapi member aku fira da beli sekor dari depa..tapi umur dalam 6 bulan..jantan...ok la...dah ley manja2 ngn orang...

ok dengan rasa x puas aty ngn jawapan hpw tdi..aku pon trus g kat page hun, trus tanya depa..hehe...dorang pon terkezut...aku pon pelik knapa dorng ley cakap macam tu kan...

after makan, aku gi balik kat petshop tu...then member ak amik sangkar die, pastu die beli lak lagi sekor yg betina, ada lak umur 6 bulan yer... heee ok la... cepat fira menimang cucu nnt...haha
aku pon tanya la budak tadi " tadi kata hpw tu boleh sebb kan mandul knapa?"
" eh kak jgn benda tu bahaya, hari tu cust saya dtg die komplen sg die mandul, n ada yang mati..."
OMG...OMG....
aku pon bagi tau la kat die hpw ni penting..makanan seimbang tok sugar glider..penuh protein...n semua2 la... pastu aku bg tau mybe sugar glider tu tak matang lagi kot sbb tu die mandul...haha...pastu aku bagi tau la mybe yang mati tu korang jual yg underage yer..pastu die bg makan x seimbang kot....haha..pastu bru la die cakap ohhh...tapi dorang tetap jugak x bg hpw kat sg...suka ati la kan...

so pada korang yang tak tau pasal HPW tu mende..ni sikit info tentang HPW yg chubbypetsgarden.com jual...mmg terbaik...



Chubbypetsgarden Sugar Glider's High Protein Wombaroo (HPW) Diet READY adalah makanan yang ringkas dan mudah disediakan dan mengandungi kandungan nutrien yang menyerupai makanan asas sugar glider di hutan. HPW READY ini merupakan salah satu diet yang diiktiraf dan direka khas sebagai makanan utama Sugar Glider. HPW READY telah direka sebagai diet lengkap yang memenuhi keperluan diet seimbang Sugar Glider.

Cara Penyediaan:
Campurkan 1 sudu teh air panas bersama dengan 1/2 sudu teh serbuk HPW READY ke dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga larut.

Panduan Pemakanan :
1.5 sudu kecil HPW READY bagi setiap Sugar Glider, 1 sudu besar buah-buahan campuran, 1 sudu besar sayur-sayuran campuran and serangga( cangkerik, mealworm dan sebagainya) boleh diberi sebagai makanan sampingan.

1pek HPW READY kira-kira boleh tahan selama 2 bulan untuk seekor glider.


Ingredients/ Bahan :
Dried egg, dried honey, bee pollen, whey protein, soy protein, ground cereals, maltodextrin, dextrose, lysine, ,ethoionine, vegetable oils, omega-3 and omega-6 fatty acids, vitamins A Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B2 (riboflavin,Vitamin B6 (pyridoxine) , Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D3, Vitamin E, Vitamin K, nicotinamide, pantothenic acid, biotin, folic acid, choline, inositol, calcium, phosphorus, potassium, sodium, magnesium, zinc, iron, manganese, copper, iodine, selenium, Nicotinic acid, Pantothenic acid, Folic acid.












mende HPW ni senang je..just tambah air suam then hidangkan je kat sg korang tu...bulu die akan tambah cantik n die akan sihat walafiat...insyaallah....ni gambar hpw yg terbaik tu... :





gambar dari chubbypetsgarden

Thursday, July 28, 2011

Sugar Glider Underage

Salam / sejahtera,


hai hari ni yull nak kongsi skit pengalaman apabila melawat petshop atau kedai-kedai yang menjual haiwan peliharaan...seperti maklum sekarang sugar glider dah amat-amat terkenal dan permintaan sangat tinggi dikalangan penternak atau dorang panggil homebreeder...korang tau x macam mana nak membezakan ?



macam ni.. kebanyakan petshop yang pernah yull pergi kebanyakannya adalah penjual secara pukal..iaitu kuantiti sugar glider yang mereka jual lebih dari 10 ekor..ada juga yang lebih dari tu dan disumbatkan dalam satu cage besar seperti cage kucing...kesiannya.....


ok apa perasaan korang lakan bile dikurung beramai2 dan disumbatkan dalam satu bilik yang sederhana besar dan dibekalkan nasi kosong semata-mata? sedih dan stress kan??


macam tu juga la dengan perasaan haiwan ni, diletakkan beramai2 (walaupon kehidupan asalnya hidup secara berkoloni/berkumpulan) tetapi x semesti nya mereka selesa sengan keadaan terkurung dan dibekalkan dengan epal semata2..mata bekalan air mereka?ada sesapa pernah tgk keadaan ni x?


dalam satu cage yang besar disumbatkan berpuluh2 sugar glider..dan dibekalkan epal sahaja..kesiankan? tiada langsung sleeping pouch ( bagi mengelakkan mereka 'bersembunyi' dalam pouch tu ) dan tiada langsung bahan untuk mereka bermain atau pun kain untuk mereka berlindung dari kesejukan malam....dan yang paling penting! mereka amat muda...ok, penjual kata 2 bulan..2 bulan keluar dari perut atau 2 bulan OOP?? yang mana betul?

penjual tu betul2 tau ke x apa maksud OOP?


OOP-out of pouch! iaitu proses pembiayakkan sg dlam perut ibu amat2 la cepat..iaitu mengambil masa dalam 2 bulan sahaja...kebesaran janin hanya sebesar kacang hijau je...then, ibu sugar glider tu akan melahirkan anak die langsung anaknya dimasukkan kedalam pouch...joey yang berada didalam pouch akan mengalami kitaran pembesaran selama hampir 2 bulan lebih..then baru lah die akan keluar dari pouch dan akan panjat belakang badan ibunya..die akan belajar macam mana nak hidup berdikari dan belajar makan sendiri dan x bergantung sgt dengan susu ibu


setelah 2 bulan hidup bergantung pada ibunya joey ni baru la matang..bile bulu die da mula kembang dan badan agak membesar sikit dari kluar pouch..


so kawan2 yang rasa nak sangat bela sugar glider ni pls la beli dgn petshop yang betul2 jual sugar glider yang bukan underage...

penjagaan underage sg amat2 diperlukan banyak perhatian...

boleh buat research terlebih dahulu sebelum membeli sugar glider atas dasar ikut kawan atau "trend"


thanks...

LOL yull

Thursday, July 21, 2011

Betik...PAPAYA?? ok ke??




Hai semua..


maaf sangat2 sebab yull da lama tak menaip untuk blog ni..agak sepi 2 minggu ni,

alhamdulillah...sambutan kat blog ni mengalakkan jugak memandangkan sugar glider sudah dikenali ramai...


ok sebelum ni entri yang yull post ada mengatakan buah betik bahaya dan too watery..ingat x? ok kat sini yull nak memperbetulkan statement tu..


sebenarnya buah betik selamat dimakan sekiranya buah betik tersebut cukup masak dan hidangkan sugar glider korang dalam keadaan yang telah dikupas...sbb..kulit betik kan bergetah dan getah tu sangat2 bahaya untuk sugar glider korang...


(patut la chomby masa first time yull bg betik die suka sangat2)


sebenarnya yull dah dapat wrong information dari bredeer orix..(sg jantan yull) masa beli ngn budak laki cina nie dia ada cerita..sugar glider punya pantang larang..bagus jugak la budak ni sebb banyak share information...tapi....sugar glider yang yull beli dari bredeer ni sampai skarang garang nak mampos..puas da pujuk orix tuk bermanja..dia manja kejap2 je...sigh (-_-") kne spend time yang lama dengan orix ni... :) budak cina ni sempat jugak cerita yang sekor dari sugar glider die pernah mati sbb betik..? huh?! terkejut ak dengar n trus share kt blog ni sebelum ni...tapi bila buat study n searching sikit tntg diet sugar glider ni rupanya papaya ok..




ok, berbalik pada cerita papaya/betik ni..sebenarnya betik yang masih muda yang kaler hijau2 tu mmg bahaya kalau nak bagi kat sugar glider korang...betik ni mengandungi kalsium yang tinggi...seperti yang korang semua tau..kalsium ni bgus untuk tumbesaran die..n ada jugak jenama bugsy yg buat dried papaya..bagus sebagai threat die..




ok anyway nnt yull akan kongsi lagi diet yang sesuai untuk sugar glider korang ok...



so stay tune :)